Tuesday, February 23, 2010

Perginya Seorang Pembela Tanah Air-Memperingati Ulang Tahun Kematian Leftenan Adnan

 

Arwahyarham Leftenan Adnan

Masih ingat tarikh 14 Februari? Tidak. Ini bukan nak cerita tentang 14 Februari Valentine Day. Bukan. Tapi tentang pertempuran Bukit Chandu yang berlaku pada 14 Februari 1942 yang merupakan salah satu pertempuran hebat berlaku dalam sejarah Singapura semasa Perang Dunia Ke-2.


Pertempuran ini harus dikenang kerana keperwiraan askar Melayu kita dahulu yang dipimpin oleh Leftenan Adnan bagi menentang askar Jepun sehingga ke penghujung nyawa. Kalau nak tahu sejarah Perang Dunia Ke-2 di Bukit Chandu ni boleh search sendiri. 

Ringkasnya, berdasarkan ingatan aku tentang kisah perjuangan Leftenan Adnan dari arwah atok aku yang sama-sama berperang mempertahankan tanah air bila pada tengah malam 14 Februari 1942, Kompeni 'C' menerima perintah untuk bergerak ke tapak pertahanan baru di Bukit Candu. Jumlah askar di bawah Leftenan Adnan adalah seramai 42 orang kesemuanya. Selepas meninjau persekitaran Lt. Adnan Saidi memerintah anak-anak buahnya untuk memperkukuhkan benteng pertahanan mereka dengan beg pasir dan seluruh kawasan bukit tersebut dikelilingi dengan benteng beg pasir. 

Pada awal petang 14 Februari, pihak Jepun melancarkan serangan berhelah. Menyedari kedatangan pihak musuh Leftenan Adnan dan anak buahnya melepaskan tembakan dan berjaya membunuh sekitar 20 orang musuh pada jarak dekat sehingga memaksa tentera Jepun berundur. Namun selepas dua jam kemudian tentera Jepun melancarkan serangan besar-besaran sehingga Leftenan Adnan dan askar-askar di bawahnya tumpas. 

Arwahyarham Mahmud Bin Jawi 

Salah seorang dari askar-askar di bawah kepimpinan Leftenan Adnan adalah datuk aku Mahmud Bin Jawi yang baru sahaja meninggalkan dunia pada 14 Februari 2010 yang lalu iaitu tarikh yang sama perginya Leftenan Adnan dari dunia. Arwah adalah salah seorang yang terselamat dari menjadi mangsa dalam Perang Dunia Ke-2 itu. Allah S.W.T memanjangkan umurnya sehingga hidup 68 tahun selepas peperangan.

Aku dan keluarga tinggal dengan datuk selama 10 tahun untuk menjaga datuk selepas nenek meninggalkan kami. Semasa hayatnya datuk seorang yang sangat garang dan penuh disiplin sampai aku adik beradik takut pada arwah datuk tapi arwah seorang yang penyayang, mungkin kerana arwah adalah bekas tentera yang penuh dengan sifat disiplin. 

Datuk menghembuskan nafas terakhir disisi anak, cucu, dan cicitnya di rumah kami di Kg Tanjung Besar, Benta, Kuala Lipis, Pahang jam 2:50 petang setelah jatuh sakit pada 16 Januari 2010 dan terlantar teruk 3 hari sebelum meninggal dunia. Seolah-olah menunggu kepulangan anak, cucu, dan cicitnya semperna cuti umum untuk dia pergi selama-lamanya.

Sampai sekarang pun tak mampu nak terima hakikat datuk telah pergi setelah 10 tahun tinggal bersama. Dan aku masih ingat buat pertama kali dan terakhir kalinya aku mencium pipi datuk di saat datuk di kafankan. Alhamdulillah Allah S.W.T permudahkan segala urusan pengkebumian mungkin telah sekian lama kami sekeluarga menghadapi saat sukar dan rungsing dengan keadaan arwah semasa dia sakit. 

Nak minta jasa baik dan keikhlasan semua yang membaca entry ni untuk sedekahkan Al-Fatihah kepada arwah datuk dan arwah Leftenan Adnan... Terima kasih



7 comments:

beat::the::sky said...

wow..berketurunan pahlawan..tahniah..satu kebanggaan..

ezany said...

al fatihah utk kedua2 wira negara ini.. :)

zura pun mesti berjiwa pahlawan la camtu kan.. tak leh la nak nangis2.. hehe..

cEro said...

wira yg kian dilupa...
zaman skang ingat kt artis je lebey...
kan??

btw, bgus entri nih..
jatidiri smakin menebal..

From The News said...

good post! ramai yang dah lupa sejarah negara. asyik main game psp jek..

sekali sekala kena imbas balik perjuangan masa dulu..

amie said...

al-fatihah untuk mereka..

keiroro said...

jasa dorang tetap dikenang. tatau la ape jadi ngn Malaysia tanpa dorang ni dulu. Huhu

A.K.U eyeniy said...

takziah... ni atok yg awk penah tunjuk gmbr tu ke?
jgn sedih2 k...