Sunday, January 9, 2011

Selamat Pagi...Ada Mesej Cinta!

Kredit kepada mereka yang mencipta ayat-ayat ni,
dari Bahasa Inggeris aku terjemahkan kedalam
Bahasa Melayu supaya maksudnya lebih mendalam.


Jangan mencari cinta, biarkan cinta mencari anda. Itulah sebabnya mengapa disebut jatuh cinta, kerana anda tidak memaksakan diri untuk jatuh, anda hanya ter-jatuh.

***

Kita memerlukan satu minit untuk menafsir seseorang, satu jam untuk menyukai seseorang, dan satu hari untuk mencintai seseorang ... tapi kenapa memerlukan seumur hidup untuk melupakan seseorang?

***


Menyakitkan bila melihat orang yang anda cintai bahagia dengan orang lain, tapi lebih menyakitkan mengetahui bahawa orang yang anda cintai tidak bahagia dengan anda.

***

Mungkin Allah sengaja menemukan kita dengan orang yang salah sebelum kita bertemu dengan orang yang betul dan baik untuk kita. Kita harus bersyukur atas kurnian itu.

***
 Tidak ada orang yang sempurna sampai anda jatuh cinta dengan mereka.

***

Cinta menyembuhkan seseorang - baik yang yang memberi dan orang yang menerimanya.

***
Kita bukan mencintai dengan mencari orang yang sempurna, tetapi dengan belajar untuk melihat orang yang tidak sempurna menjadi sempurna kerana kita.

------------------------------------------------------------------
Selamat pagi cinta-cinta sekalian..ewaaahh. Tak. Jangan salah faham aku bukan tengah jatuh cinta, saja je share sebab indahnya bahasa dia sampai aku baca berkali-kali.
=p

BTW, aku sudah sihat. tekak sudah baik, selera makan macam kuda, hehehe. Alhamdulillah..terima kasih pada yang mendoakan. Harap azam tahun ni akan tercapai (nak sihat). Musim demam kot sekarang sebab dengar khabar semua dok batuk-batuk, selsema. Jaga kesihatan ok, banyak minum air masak. Jangan tidur lewat malam atau berembun sampai pagi. Take care!

 

15 comments:

mR.sYaH said...

mmg best2 belaka kata2 tu..

akubiomed said...

Memang puitis madah bercinta terasa dibuai mimpi indah seketika :-)

aleen aiden said...

huuu,like2. ;)

Umie Nadhirah said...

perghhhh..forward !

jan said...

sweet! (:

Hasrol Nizam said...

sehat dah? alhamdulillah :D

Cik Mieyrarif said...

cinta y dicari akan pergi
cinta yg dari Ilahi kan kekal abadi :)

ezany said...

ade jugak yg pnah baca.. cuma xtau jer sebenarnya asal dari bahasa inggeris..

ape yg indah.. sume ayat2 atas ni ek.. hehe.. yg terjatuh tu sy suka..

alhamdulillah la dah sihat.. semoga sihat selalu.. :)

mie said...

uihh!!
tiba2 mau jadi mat bunga..
heheee

fiezah91 said...

haha..jatuh cinta kejap tapi nak melupakan mmg agak lama.. heee..

pstt dia sehat org lak demam nih. aiyark

fiezah91 said...

kena tag! hehe..last ari nih

deCrewz said...

Bila mencari cinta memang cukup seronok, bila mendapat cinta memang cukup beruntung, bila sedang bercinta memang cukup bahagia, bila bersatu dalam cinta, alangkah indahnya dunia ini, bila putus cinta mulalah terasa dunia hanyalah pura2...
Apa2 pun cinta pada illahi adalah cinta yang hakiki dan kekal selamanya...

Syida Shukor said...

Kita memerlukan satu minit untuk menafsir seseorang, satu jam untuk menyukai seseorang, dan satu hari untuk mencintai seseorang ... tapi kenapa memerlukan seumur hidup untuk melupakan seseorang?



huuu . susah nak lupakan orang kan (':

Lepat said...

Waduh!bisa buat jantung saya bergetar..he..he..

love said...

..sweet.. :-)