Assalamualaikum... Dah separuh Ramadhan kita berpuasa. Amacam puasa ada ok tak? Ibadah selari dengan lapar dahaga? Hoho... Sejujurnya aku baru pergi terawih sekali dalam Ramadhan tahun ni. Itu pun sebab balik kampung. Maklumlah duduk diperantauan (perantauanlah sangat) kalau takde member susah nak pergi masjid/surau. InsyaAllah setelah berada dikampung ni akan aku manfaatkan masa ini dengan terawih di surau dengan family, memperbanyakkan bacaan al-Quran yang sebelum aku ngaku baca bila aku rajin je (khamis malam jumaat).
Cerita Ramadhan bila dah besar tak sama seronok & ragamnya cerita Ramadhan masa kanak-kanak. Bukan pertama kali aku pernah buka puasa pukul 9 malam sebab tertido petang & terbabas sampai pukul 9 malam hehehe. Bukan sekali berbuka puasa sorang-sorang. Bukan sekali jugak berbuka puasa dengan air sahaja. Alhamdulillah, sikit pun tak terjejas puasa aku & aku boleh melaksanakan rukun Islam yang ketiga itu dengan sempurna.
Pertama kali dalam hidup aku belajar beserderhana. Lebih-lebih lagi bulan puasa ni. Bila dah kerja aku cakap kat ayah aku taknak dia bagi duit lagi kat aku macam sebelum-sebelum ni. Walaupun senyap-senyap dia masukkan cash dalam bank sebab dia fikir aku tak pandai berdikari. Hehee.. Bila dah 'terlepas' cakap aku terpaksa hidup berjimat & menahan nafsu dari berbelanja walaupun sebelum ni kalau nak beli apa tak tengok kiri kanan ambil je pergi bayar kat kaunter. Teruk punya perangai. Kalau bapak aku millionaire tahan jugak. So bulan Ramadhan ni betul-betul mengajar aku cara berbelanja dengan bijak. Actually gaji aku pon bos bayar separuh. Dah nak raya ni walaupun aku bujang aku nak jugak belanja -,-. Takpelah, baju raya tahun lepas boleh pakai lagi. Ye dak?
Harapan selepas Ramadhan ini, aku nak meraikan dengan sempurna. Maksudnya semua ahli keluarga aku ada bersama. InsyaAllah... Maklumlah adik aku dah dua orang ada keluarga sendiri. Dua-dua mesti nak beraya kat rumah mertua masing-masing. Macam tahun lepas pun rumah terasa kosong... Tak macam masa semua belum kahwin, pagi-pagi dah riuh rendah dapur berebut rendang & lemang. Seronoknya. Tapi aku kena la terima hakikat yang hidup ni akan berubah dari hari ke hari.
Dah terbabas masuk cerita raya pulak ni. Next entry baru boleh cerita kan... Btw, di sini aku menyusun 10 jari memohon ampun & maaf dibulan yang baik ini andai ada tersalah silap terkasar bahasa tersentuh perasaan dan semua khilaf yang aku ini insan biasa lakukan, maafkanlah (fuhhhh satu nafas ni!). Buat seseorang yang aku rindui, nun takdelah jauh mana tapi sentiasa dekat dihati... Aku mengharapkan kunjungan beliau ke rumah aidilfitri nanti. Selamat berpuasa semua!
Salam Ramadhan al-Mubarak 1433.
3 comments:
rumah terasa kosong tuh yang bikin aku sedih gak. nasib baik rumah kat kampung masih ramai adik beradik yang balik beraya, kecuali aku.
bagus la tu...at least ramadan kali ni dpt mengajar kita menjadi org yg lebih baik...org pompuan xpe, kalau xde geng dok umah lg baik mlm2...bahye kalau kuar mlm2 sorang2.
selamat hari raya :)
=( rumah kosong. Bila adik beradik sikit. Lagi terasa. Balik kg meriah sikit =)
Post a Comment