Kenapa? Lega akhirnya bercuti semester jugak UiTM. Enam bulan terasa lama. Tension, bengang, penat, nak terjun tingkap, hantuk kepala dekat dinding, semua ada. Actually nak buat posting kat blog pun tak ada idea. Bila mengadap blog kepala kosong. Aku nak taip! Nak taip! Tapi tak ada idea. So tutup tab Sweet.Ants then research apa yang patut.
Hari ni nak taip panjang-panjang boleh tak? Sebab hari ni aku nak balik kampung. Horayyyy!!! Baru siap kemas barang. Rasa macam nak bawak balik semua yang ada dalam bilik sekarang. Saya bosan disini ok. Maya dah balik dulu sebab exam dia habis awal. So si kakak kesorangan disini, sedih betul. Tak ada kawan baik setilam, sebantal. Tak ada kawan yang boleh share anything dengan aku buat beberapa minggu sudah. Apasal la awak balik cepat sangat. *Sigh*
Takpe-takpe, aku balik karang. Rindu sesangat dekat si sepet dengan Sazzy Falak celup. Rindu sama my teddy bear, and my handsome + noty boy. Semua yang disebut adalah adik beradik I. And of coz rindu sama mummy and daddy. Sumber
Saat genting. Nak ambil kesempatan ucap thanks banyak-banyak pada Rozi Plotting Sec.7. Kak Ida dan Abang Wak sebab tolong saya. Hari tu memang saya tension gila kak, abang. Dari pagi sampai petang saya duduk dekat office u all sebab problem final saya tak boleh print. Rasa nak nangis tapi cover je. Tak makan, tak minum, tak tidur beberapa hari sebab nak siapkan final. Last-last nak print tak boleh. Sudahnya, saya ada beberapa jam untuk betulkan semula, setting paper, and apa yang patut. Saya dah give up. Mood dah hilang. Andai di takdirkan saya failed saya redha. Thanks Abang Wak bertungkus lumus tolong saya. Yang terharunya siap bagi murah lagi masa nak bayar. Thanks sangat-sangat.
Akibat terlalu mengantuk, aku hampir terbabas ketika memandu. Sikit lagi nak langgar kereta orang. Ya Allah... syukur tak ada apa-apa. Lepas ni ingat la, kalau mengantuk jangan la drive, bahaya. Eh-eh karang kau nak balik kampung nak drive jauh-jauh tapi belum tidur apa kes? Hehe... Sebab tadi dah tidur sekejap. Mata dah set la bangun before subuh. InsyaAllah, doakan selamat perjalanan aku. Eh, tak tak...aku tak balik sendiri. Fatin aku punye housemate ikut sekali. Sebab tiket bas dengan keretapi ke Kelantan habis so hari ni sampai Kuala Lipis aku hantar dia ke stesen keretapi. Takkan tak nak balik raya? Kesian parents tunggu kat kampung. Apa-apa pun kena balik jugak dengan pelbagai ikhtiar. Ok, itu antara kisah yang aku lalui beberapa hari lepas dan hari ini.
Online. Hehe tak tahu lah sepanjang di kampung nak online ke tidak. Internet sangat susah connect. Dari sakit jiwa dengan kelembapan line yang kalah kura-kura, baik aku tak payah online. Lagipun cuti-cuti ni mana ada budak-budak kelas nak ym buat discussion. Tak ada announcment melalui ym dan email so tak perlu risau jika internet tak ada. Siapa-siapa rindu aku silalah tatap blog ini. Hehehe... Kalau rajin aku start enjin pecut pergi cc. Tapi kat kampung cc ada dua bijik komputer je. Tu pun old skull punye. I orang kampung yang otak IT. Nanti ada duit nak majukan kampung dengan ICT. Phewww~
Bloggers & followers. Special thanks pada semua rakan blog samada yang ada dalam blog list aku atau yang berada dalam follower. Sila-sila lah rindu si Sweet.Ants yang tak sweet sebenarnya cuma manis sikit je. Aku ambil masa lebih kurang 1 jam untuk jenguk blog-blog korang dan komen entry korang. Sorry to all sebab aku busy sikit sebelum ni. Kadang-kadang masuk blog korang tapi tak tinggalkan komen. So semalam aku berusaha meninggalkan jejak. Jangan cakap aku sombong. Aku tak kisah kalau korang nak paksa aku komen atau follow korang. Kalau perlu beritahu saja ok. Siapalah aku nak demand. Orang follow, aku follow balik. Tak nak follow tak payah beritahu kita 'perlu ke aku follow' oh i'm speechless! Bukan susah. Tak perlu bayar bukan? Yes aku kecewa jugak sikap sesetengah blogger yang memperlekehkan blogger lain. Dah rasa bagus sangat ke blog korang nak hina-hina orang? No no no... Oh ya, thanks a lot jugak pada yang sudi klik nuffnang aku. Tapi aku tengok earning banyak itulah. Hehe. I tak kisah. Saja suka-suka. Sayang korang... truly love <3
Salam Aidil Adha. Kalau ada kesempatan, entry Aidil Adha akan aku kongsikan. So kat sini nak ucap Selamat Hari Raya Aidil Adha kepada semua. Balik kampung berhati-hati di jalan raya... Semoga gembira di hari mulia itu nanti.
Bubbye Shah Alam. ..
*Ouchh* packing...packing
Berhati-hati memandu ^_^
Bubbye~






