Mood: Demam, Batuk, Selsema, Pening
Mak oii seksa betul beberapa hari ni. Nak buat apa semua terbatas. Tak boleh tumpu study, nak tengok wayang pun potong stim sebab batuk-batuk karang tak pasal-pasal kene baling botol dalam panggung wayang sabab bising. Hidung pulak meleleh-leleh...tak best betul..Aisheehh...
Ahad; rasa tak best, tekak perit gila. Tapi gagahkan diri jugak nak pergi shopping. Hoorayyy. Tapi balik rumah terus melepek atas tilam tak larat bangun.
Isnin; kepala rasa pening. Nak drive pun ragu-ragu takut termasuk line orang. Pergi klinik jumpa doktor. Check tekanan darah, DARAH NAIK!! Ayoo petut la pening-pening. Check-check lagi, SUSPECT DENGGI!! Ayoo doktor biar betul...tak ada nyamuk gigit saya pun!! ‘’kalau belum sihat lagi lusa awak datang balik untuk ambil darah” kata doktor. “ambik darah??”...OMG kata aku. “erm...baiklah doktor...” sendu.
“saya kasi awak m.c dua hari...” kata doktor. “tu yang saya nak dengar tu...” kata aku. Dalam hati je.
Selasa; cuti. Tak pergi class. Tapi duduk rumah seksa gila sebab badan sejuk panas sejuk panas. Jalan pun terhuyung-hayang(betul ke ayat aku ni) Masa jalan kene pegang dinding...cam orang tua ada kot.
Rabu; cuti lagi. Doktor suruh datang ambik darah aku tak pergi pun sebab dah rasa ok sikit. Ok sikit. Ok laa... Penangan ubat batuk, tidur macam kene pil tidur. Tak sedar langsung. Punya mengantuk sampai merangkak-rangkak nak pergi satu tempat ke satu tempat. Adooo...
Khamis; cuti dah habissss....tapi suara macam jantan. Nak borak ngan member pun kepit-kepit suara karang keluar suara jantan kena gelak pulak. Adess.
Perhatian!! Dah masuk 5 hari saya tak makan apa-apa selain minum susu. Sebab? Saya tak lapar, tak ada selera, bila masuk makanan saya muntah balik. Uweeekkk... Makanya, saya mengalas perut dengan ‘kepahitan’. Breakfast dengan antibiotik, ubat demam, ubat batuk, ubat selesema, dan ubat gastrik sahaja. Lunch dan dinner pun begitu. Urgghh...
Semalam beli KFC, ayam tu rasa pahittt gilerrr...colleslaw rasa macam peria dihiris halus. Errrkk. terus tak makan sampai malam.
Tadi beli laksa penang, tapi sempat suap 3,4 kali je. Sebab laksa penang tu rasa UBAT GIGI!!! Euuuwww... Lepas tu pergi kedai beli roti + kaya ;’(
Jeans saya dah longgar, bila berjalan kena tarik ke atas. Hahaha... Rasanya bila dah sihat nanti jeans tu akan ketat balik =))
“sakit itu ujian Allah kepada hamba-Nya...bersyukurlah, ada orang lain yang lebih menderita dari kita...”
Tweet














